Sabtu, 15 Ogos 2009

Sesal Dahulu Pendapat,Sesal Kemudian Tidak Berguna

Sudah puas mak cik Hawa menasihati anaknya Zaman agar mengutamakan pelajaran daripada bermain.Setiap kali memberi nasihat ,zaman akan memberi pelbagai alasan .Emaknya tidak gemar akan sikap Zaman.

''Dulu kamu kata,sibuk dengan permainan bola sepak.Emak tidak marah kerana aktiviti itu juga baik.Sekarang kejohanan sudah tiada,tetapi setiap petang kamu asyik bermain bola sahaja.Ingatlah sedikit,UPSR masih tinggal tiga minggu lagi,''kata mak cik Hawa.

''Emak janganlah bimbang ,Zaman tahulah jawab waktu periksa kelak waktu ujian percubaan dulu,Zaman yang kurang belajar pun boleh dapat 5A.Otak anak emak ini kan pandai,sekali baca sudah faham,''balas Zaman kata-kata itu amat mengguris perasaan mak cik Hawa.

Mak cik Hawa tidak daya lagi untuk menegur anaknya.Padanya otak Zaman tidak begitu pandai,tetapi jika rajin akan berjaya akhirnya.Mengenangkan sikap anaknya itu,hatinya menjadi sayu sebagai anak sulung,Zaman lah yang diharapkan dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Hari peperiksaan pun tiba dan kira-kira tiga bulan kemudian,keputusan pun diumumkan.Apabila keputusan diumum,ramai rakan Zaman mendapat 5A,tetapi dia hanya memperoleh 1B dan 4C.zaman seperti tidak percaya menerima keputusan tersebut.

''Itulah akibat tidak mendengar pesanan emak.Kata orang,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna,''luah makcik Hawa dengan rasa kecewa.Zaman terdiam tidak berkata.

9 ulasan: