Sabtu, 15 Ogos 2009

Tragedi dijalan raya akibat pemandu

Yang saya hormati pegawai Pelajaran Daerah,Yang arif lagi bijaksana panel hakim,Yang Berusaha guru-guru besar,guru-guru dan seterusnya rakan pejuangan yang saya kasihi.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Tajuk perbahasan saya pada hari ini ialah''Tragedi dijalan raya akibat pemandu''.



Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Kemalangan sering kita dengar berlaku.Saya sebagai penyokong amat menyokong tajuk ini bahawa trajedi dijalan raya akibat pemandu.Kebanyakan pemandu tidak mematuhi undang-undang,itulah yang menyebabkan kemalangan.Contohnya,tidak mematuhi undang-undang had kelajuan,pemandu memotong kereta tanpa memberi isyarat lampu dan lain-lain.



Apabila musim perayan seperti hari krismas,tahun baru cina dan sebagainya.Pemandu tidak menghiraukan keselamatan diri.Kebanyakan pemandu mabuk akibat banyak minum arak,apabila mabuk pemandangan kurang jelas,pemikiran terjejas dan lain-lain .



Pemandu mengantuk akibat tidak tidur sepenuhnya dan menyebabkan pemandangannya kurang jelas.sepatutnya,pemandu harus berhenti berehat sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam untuk mengambil rehat yang secukupnya.



Pemandu tidak digalakan untuk mengunakan telfon bimbit ketika memandu,kerana apabila sedang bercakap ia mengakibatkan kita tidak boleh menumpukan perhatian ketika memandu.Sebaiknya janganlah kita mengunakan telefon bimbit ketika memandu apabila kita kurang memandang ke hadapan ia akan menyebabkan kemalangan atau kecelakaan yang tidak dijangka.

Akhir kata,berhati-hatilah ketika dijalan raya.Kita harus mematuhi undang-undang jalan raya dan kita perlu ''Pandu Cermat,Jiwa Selamat''.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan