Khamis, 27 Ogos 2009

doa tahan puasa

allahuma,baringsana,baringsini,wataktahan,wamaumati,walihatjam,masihlamalagi,takdenasi,watibaimaggi,nantilainkali,wakasi ganti,amin.selamat berpuasa

Ahad, 16 Ogos 2009

punca -punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

aku sehelai baju


Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanyamampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Sabtu, 15 Ogos 2009

baiknya cilok

Ada seorang Pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap Hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap Hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000.Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap haridisedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap Hari saya lihat Pak cik akan menyimpan RM1000 dibank. Apa kerja Pak cik?

Pak DI : Saya in sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap Hari saya akan bertaruh Dan saya tak pernah kalah

.Manager : Ooo... Ini sudah cukup bagus. Tapi Pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya in. Kalau Pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam TU jom Kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja Pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI: Macam in... Dalam tempoh 7 Hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. Tak logiklah Pak cik. Tapi tak pe... Saya setuju.Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager TU pun meraba telurnya.. Ooh masih Ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke Hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi Ada.......Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. Telur saya masih lagi Ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu dipegangnya anu Manager TU. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 in.Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari in baru Pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik.Hari in Pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa keh.. Keh.. Keh...Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 Dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

Manager: mana Pak cik dapat duit sebanyak TU?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan Pak cik Guard kat luar TU tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang Pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

Manager : Tak guna punya orang tua....

kemalangan paling ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris:"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butu* minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sesal Dahulu Pendapat,Sesal Kemudian Tidak Berguna

Sudah puas mak cik Hawa menasihati anaknya Zaman agar mengutamakan pelajaran daripada bermain.Setiap kali memberi nasihat ,zaman akan memberi pelbagai alasan .Emaknya tidak gemar akan sikap Zaman.

''Dulu kamu kata,sibuk dengan permainan bola sepak.Emak tidak marah kerana aktiviti itu juga baik.Sekarang kejohanan sudah tiada,tetapi setiap petang kamu asyik bermain bola sahaja.Ingatlah sedikit,UPSR masih tinggal tiga minggu lagi,''kata mak cik Hawa.

''Emak janganlah bimbang ,Zaman tahulah jawab waktu periksa kelak waktu ujian percubaan dulu,Zaman yang kurang belajar pun boleh dapat 5A.Otak anak emak ini kan pandai,sekali baca sudah faham,''balas Zaman kata-kata itu amat mengguris perasaan mak cik Hawa.

Mak cik Hawa tidak daya lagi untuk menegur anaknya.Padanya otak Zaman tidak begitu pandai,tetapi jika rajin akan berjaya akhirnya.Mengenangkan sikap anaknya itu,hatinya menjadi sayu sebagai anak sulung,Zaman lah yang diharapkan dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Hari peperiksaan pun tiba dan kira-kira tiga bulan kemudian,keputusan pun diumumkan.Apabila keputusan diumum,ramai rakan Zaman mendapat 5A,tetapi dia hanya memperoleh 1B dan 4C.zaman seperti tidak percaya menerima keputusan tersebut.

''Itulah akibat tidak mendengar pesanan emak.Kata orang,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna,''luah makcik Hawa dengan rasa kecewa.Zaman terdiam tidak berkata.

Tragedi dijalan raya akibat pemandu

Yang saya hormati pegawai Pelajaran Daerah,Yang arif lagi bijaksana panel hakim,Yang Berusaha guru-guru besar,guru-guru dan seterusnya rakan pejuangan yang saya kasihi.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Tajuk perbahasan saya pada hari ini ialah''Tragedi dijalan raya akibat pemandu''.



Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Kemalangan sering kita dengar berlaku.Saya sebagai penyokong amat menyokong tajuk ini bahawa trajedi dijalan raya akibat pemandu.Kebanyakan pemandu tidak mematuhi undang-undang,itulah yang menyebabkan kemalangan.Contohnya,tidak mematuhi undang-undang had kelajuan,pemandu memotong kereta tanpa memberi isyarat lampu dan lain-lain.



Apabila musim perayan seperti hari krismas,tahun baru cina dan sebagainya.Pemandu tidak menghiraukan keselamatan diri.Kebanyakan pemandu mabuk akibat banyak minum arak,apabila mabuk pemandangan kurang jelas,pemikiran terjejas dan lain-lain .



Pemandu mengantuk akibat tidak tidur sepenuhnya dan menyebabkan pemandangannya kurang jelas.sepatutnya,pemandu harus berhenti berehat sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam untuk mengambil rehat yang secukupnya.



Pemandu tidak digalakan untuk mengunakan telfon bimbit ketika memandu,kerana apabila sedang bercakap ia mengakibatkan kita tidak boleh menumpukan perhatian ketika memandu.Sebaiknya janganlah kita mengunakan telefon bimbit ketika memandu apabila kita kurang memandang ke hadapan ia akan menyebabkan kemalangan atau kecelakaan yang tidak dijangka.

Akhir kata,berhati-hatilah ketika dijalan raya.Kita harus mematuhi undang-undang jalan raya dan kita perlu ''Pandu Cermat,Jiwa Selamat''.